29 Muharram 1433H. [MOD] -
TEMPAT PERSEMBUNYIAN...antara kawasan hutan didiami Rambo Bentong.
BENTONG: Selain amat dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam
sekurang-kurangnya enam kes rogol dan empat kes bunuh sejak Mac 2009
sehingga dicekup polis 14 November lalu, seorang penjenayah berbahaya
dikesan berperwatakan aneh kerana hidup secara nomad dalam hutan sekitar
daerah ini sejak tiga tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor
berkata, siasatan polis mendapati lelaki berusia 42 tahun itu juga mahir
memburu selain memiliki kelengkapan ikhtiar hidup lengkap serta senjata
menjadikannya tidak ubah seperti watak filem aksi lasak, Rambo.
Menurutnya, ‘Rambo Bentong’ itu yang bakal dihadapkan ke mahkamah
di sini, hari ini (Khamis), dipercayai hidup dengan makan haiwan dan
tumbuhan liar di hutan ketika bersembunyi untuk mengelak dikesan polis.
“Ketika melakukan jenayah, suspek membawa pisau Rambo, senapang buatan sendiri dan pemutar skru sebagai senjata untuk mencederakan mangsanya,” katanya.
“Ketika melakukan jenayah, suspek membawa pisau Rambo, senapang buatan sendiri dan pemutar skru sebagai senjata untuk mencederakan mangsanya,” katanya.
Beliau berkata, sejak berlakunya siri jenayah yang disyaki dilakukan lelaki itu, seluruh anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong diberikan taklimat pagi setiap hari dalam usaha memburunya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan