29 Muharram 1433H. [MOD] -
Klorofil
atau pigmen hijau tak hanya berfungsi sebagai zat pewarna hijau pada
daun. Klorofil juga memainkan peranan penting dalam proses fotosintesis.
Para ahli tumbuh-tumbuhan mendapati bahawa klorofil merupakan pengeluar tunggal di muka bumi yang menghasilkan makanan.
Fotosintesis
merupakan suatu proses biokimia anabolisme, pembentukan zat makanan
atau tenaga iaitu glukosa yang dilakukan tumbuhan, alga, dan beberapa
jenis bakteria dengan menggunakan zat hara, karbon dioksida, dan air
serta diperlukan bantuan tenaga cahaya matahari.
Hampir
semua makhluk hidup bergantung dari tenaga yang dihasilkan dalam
fotosintesis. Akibatnya, fotosintesis menjadi sangat penting bagi
kehidupan di bumi. Fotosintesis juga berjasa menghasilkan sebahagian
besar oksigen yang terdapat di atmosfera bumi.
Jauh
sebelum para ahli tumbuh-tumbuhan menemukan zat bernama klorofil, 1.400
tahun yang lalu kitab suci Al-Quran telah menyebut pentingnya zat warna
hijau. Simak surah Al-An'am [6]: ayat 99:
"Dan
Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan
dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari
tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman
yang menghijau itu butir yang banyak; dan daripada mayang kurma mengurai
tangkai-tangkai yang menjulai dan kebun-kebun anggur ... "
Ayat
itu menegaskan bahawa pigmen hijau - yang merupakan sebahagian daripada
struktur tumbuhan yang "Kami tumbuhkan dengannya segala macam
tumbuh-tumbuhan" - merupakan zat hijau daun yang biasa dikenal dengan
sebutan klorofil, yang terdapat pada salah satu sel tumbuhan kloroplas.
- sumber dari republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan