20 November 2021

Bateri bersumberkan tenaga najis lembu

 BATERI bersumberkan tenaga dihasilkan daripada najis lembu. FOTO Arla.

BATERI bersumberkan tenaga dihasilkan daripada najis lembu. FOTO Arla.

London: Sekumpulan penternak di United Kingdom (UK) menggunakan kreativiti mereka dalam mencipta inovasi dengan menukar najis lembu kepada kuasa tenaga untuk penghasilan bateri AA.

Satu kilogram najis lembu mampu menghasilkan 3.75 kilowatt jam (kWh) tenaga elektrik untuk memberi kuasa selama lima jam untuk pembersih vakum atau seterika pakaian (tiga jam setengah).

Dairy Cooperative Arla, yang membangunkan projek batari dinamakan 'patteries' itu bersama pakar pembuatan bateri, GP Batteries mendakwa, tenaga yang terhasil daripada sisa seekor lembu boleh memberi kuasa kepada tiga isi rumah selama setahun.

Ini bermakna dengan 460,000 lembu, mereka mampu menyumbang kepada penggunaan tenaga elektrik kepada 1.2 juta kediaman di UK.

Najis haiwan itu ditukarkan kepada tenaga menerusi proses yang dipanggil penghadaman anaerobik.

Ketika proses itu, bahan organik seperti sisa najis haiwan itu akan disisihkan untuk menghasilkan biogas dan baja bio.

Selepas biogas dibersihkan, ia dibawa ke unit Gabungan Haba dan Kuasa (CHP) sebelum digunakan untuk menjana tenaga boleh diperbaharui.

Pengarah Pertanian Kumpulan Arla, Graham Wilkinson berkata, pihaknya komited melaksanakan pertanian mampan dan mengurangkan pelepasan sisa daripada pengeluaran makanan.

"Ladang Arla adalah rumah kepada kira-kira 460,000 lembu yang menyediakan sisa najis stabil yang boleh ditukarkan kepada kuasa tenaga yang berpotensi besar untuk sektor tenaga boleh diperbaharui di UK.

"Sebahagian kecil penternak kami sudah menjadikan najis lembu sebagai tenaga dan jika kerajaan dan industri tenaga dapat melihat potensinya, peningkatan kuasa lembu boleh menjadi game changer kepada bekalan tenaga boleh diperbaharui UK selain membantu mengurangkan pelepasan dalam pertanian," katanya dalam portal Mirror.com.

hmetro.

Tiada ulasan: