20 November 2021

Covid-19: Austria kembali kuat kuasa lockdown

 SEORANG wanita menerima dos penggalak vaksin Covid-19 di sebuah lokasi di Vienna. FOTO EPA

SEORANG wanita menerima dos penggalak vaksin Covid-19 di sebuah lokasi di Vienna. FOTO EPA

Vienna: Austria mengumumkan negara itu bakal melaksanakan kembali sekatan pergerakan (lockdown) separa dan mewajibkan suntikan vaksin.

Canselor Alexander Schallenberg berkata, lockdown itu akan bermula Isnin ini, manakala vaksin Covid-19 di negara itu akan menjadi mandatori mulai 1 Februari tahun depan.

Katanya, perintah itu akan dilaksanakan selama 20 hari, serta akan dinilai semula selepas 10 hari pelaksanaannya.

"Walaupun berbulan-bulan dipujuk, kami tidak berjaya meyakinkan orang ramai untuk mengambil vaksin.

"Meningkatkan kadar vaksinasi secara berterusan satu-satunya cara untuk keluar daripada lingkaran ganas ini," katanya pada sidang akhbar di barat Tyrol.

Beliau turut menyalahkan mereka yang enggan divaksin kerana tindakan itu akan menjejaskan sistem kesihatan.

Perintah itu akan melarang orang ramai keluar rumah, namun pengecualian diberikan kepada mereka yang bekerja, membeli barangan keperluan dan bersenam serta saranan supaya pekerja bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, sekolah akan dibuka walaupun ibu bapa disaran menjaga anak mereka di rumah.

Sekolah akan tetap dibuka walaupun ibu bapa diminta untuk menjaga anak-anak mereka di rumah.

Pelaksanaan perintah itu menjadikan Austria negara pertama Eropah yang kembali melaksanakan peraturan paling ketat ketika peningkatan kes Covid-19.

Negara Eropah lain juga dilihat mengetatkan peraturan apabila kes Covid-19 melonjak di seluruh benua itu.

HMETRO.

Tiada ulasan: