20 November 2021

(KEMASKINI) 50% pengundi tunai tanggungjawab setakat 2 petang

 

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka sehingga pukul 2.00 petang adalah sebanyak 50%, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundian bermula hari ini dengan semua 217 pusat pengundian dibuka sejak 8 pagi tadi.

Ia membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

PRN kali ini menyaksikan seramai 112 calon bertanding yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman) dan Bebas.

Daripada keseluruhan kerusi DUN, tiga kerusi melibatkan saingan enam penjuru, lima penjuru (enam), empat penjuru (lapan) dan tiga penjuru (11).

FMT.

Tiada ulasan: