20 November 2021

Pengurusan perkahwinan di Malaysia mantap, ikut syarat

 

AHMAD Marzuk Shaary (duduk tengah) bersama pihak TH dan penerima sumbangan yang terjejas ketika pandemik Covid-19 pada program TH Prihatin di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU: Pengurusan perkahwinan di negara ini mengikut operasi standard (SOP) dan tidak perlu ditambah baik kerana sudah menepati syarat ditetapkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, masih ada pihak yang sentiasa mengambil kesempatan melanggar undang-undang, termasuk terbabit dengan sindiket nikah tanpa tauliah.

“Namun ada pihak yang mencari jalan singkat untuk berkahwin atau mengelak urusan di mahkamah termasuk untuk tujuan hendak berpoligami dan sebagainya. Jadi kebanyakannya memilih sindiket,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar, bagi mengulas laporan media mengenai isu khidmat sindiket nikah tanpa tauliah, yang dikenali sebagai Lebai Loh dan dipercayai sudah beroperasi lebih 20 tahun baru-baru ini.

Ahmad Marzuk berkata, buat masa ini pihaknya belum menerima apa-apa perkembangan terkini, termasuk daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) mengenai status perkahwinan pasangan yang menggunakan khidmat sindiket itu. – UTUSAN ONLINE 

Tiada ulasan: