20 November 2021

PRN Melaka: Peratusan keluar 36 peratus setakat 12 tengah hari

 

PETUGAS pusat mengundi PRN Melaka membantu seorang warga emas ke kaunter pendaftaran di SK Durian Daun, Lendu, Melaka hari ini.

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari ini adalah 36 peratus.

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tinjauan Utusan Malaysia di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram di Masjid Tanah dekat sini mendapati, rata-rata yang keluar awal terdiri daripada golongan warga emas.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di negeri ini mengalami hujan lebat berserta ribut petir pada petang.

Menerusi ciapan jabatan itu di laman sosial Twitter, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. – UTUSAN ONLINE 

Tiada ulasan: