20 November 2021

PRN Melaka: Semua pusat mengundi tutup

 

PETALING JAYA: Semua 217 pusat mengundi bagi PRN Melaka membabitkan 1,109 saluran ditutup pada 5.30 petang tadi.

Peratus keluar mengundi sehingga 4 petang tadi sekadar 61%, daripada 476,037 pengundi biasa, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pemilihan ini berlatarkan kebimbangan orang ramai terhadap wabak Covid-19, dan perasaan bercampur-baur masyarakat mengenai situasi politik dan ekonomi semasa.

Keseluruhan jumlah pengundi yang layak adalah 495,195 orang.

Sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan, dengan 113 calon menyertai gelanggang. Perhatian tertumpu kepada pertembungan antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan – yang pernah berseteru atau bersekutu pada suatu ketika.

Tiga kerusi menyaksikan perlawanan enam penjuru, lima penjuru di lima kerusi, empat penjuru di sembilan kerusi, dan tiga penjuru di 11 kerusi.

Pada PRU14, Pakatan Harapan yang bertanding bawah bendera PKR menang 15 kerusi, membolehkan ia merampas negeri itu daripada BN yang menang 13 kerusi.

FMT.

Tiada ulasan: