20 November 2021

COVID-19: 5,859 kes baharu

  Foto hiasan

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini kembali di bawah 6,000 kes apabila sejumlah 5,859 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,581,747 kes.

Sebelum ini Malaysia mencatatkan pertambahan kes harian melebihi 6,000 tiga hari berturut turut iaitu sebanyak 6,366 kes dilaporkan semalam, 6,380 kes pada Khamis dan 6,288 kes dicatatkan Rabu lalu.

Tiada ulasan: