18 Januari 2012

3 MP Pakatan jumpa Zahid Hamidi esok

24 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat akan menemui Menteri Pertahahan, Datuk Sri Zahid Hamidi esok di pejabatnya.

Ketiga-tiga mereka adalah Dr Dzulkefly Ahmad (AJK PAS Pusat - anggota Parlimen Hulu Selangor), Datuk Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - anggota Parlimen Machang) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP - anggota Parlimen Petaling Jaya Utara).

Pertemuan itu akan diadakan jam 3 petang esok di Kementerian Pertahanan.

Isu utama yang bakal dibincangkan adalah cadangan penubuhan Jawatankuasa Parlimen bagi pembelian kelengkapan pertahanan negara.

Pertamuan ini dipercayai diadakan ekoran pelbagai isu mengenai pembelian peralatan pertahanan dibuat oleh kerajaan yang meragukan.

Dari pembelian kapal selam sehinggalah yang terbaru penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard berjumlah RM9 bilion sentiasa menjadi isu dan pendebatan.

Boustead Naval Shipyard menerima projek itu untuk merekabentuk, membina, melengkapkan, memasang, meluluskan, intergarasi, ujian dan penyerahan enam buah Littoral Combatant Ships (Frigate Class).

Jumlah kontrak yang asalnya RM6 bilion tahun lepas telah melonjak kepada RM9 apabila diumumkan tahun ini.

"Menteri perlu memberikan penjelasan pembelian pelbagai peralatan ini kerana ia dibuat tanpa tender terbuka," kata Tony Pua, salah seorang anggota yang akan menyertai perjumpaan ini esok.

Harakah Daily

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB, yang pasti Zahid akan berdolak dalik.
Zahid mesti membentangkan Dasar Pertahanan Negara di Parlimen untuk di bincangkan kerana disitu lah asas nya hala tuju pertahanan negara dan justifikasi pembelian alat pertahahan. Bukan main beli macam belanja hari krismas ikut suka hati dia dan Pak general yang sambil menyelam minum air.
Kita mesti jelaskan siapa musuh dan sekiranya tidak jelas maka kita mesti mewujudkan satu bentuk kekuatan pertahanan negara dan persoalan mengapa dan untuk apa mesti punyai jawapan bukan sekadar imaginasi yang akhir nya merugikan rakyat. Rakyat berhak untuk tahu.
Terlalu banyak yang memerlukan reformasi pertahahan dan saya nyatakan disini sebagai rakyat kita punya hak untuk tahu pertahanan negara ini.

Tanpa Nama berkata...

zahid hamidi and pak jeneral berkempromi dok belasah duit