18 Januari 2012

Sebuah bangunan tinggi dekat KL Sentral terbakar, kesesakan teruk berlaku

24 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan berhampiran KL Sentral terbakar kira-kira pukul 4 pagi tadi, mengakibatkan jalan masuk ke KL Sentral dan Jalan Brickfield ditutup kepada lalu lintas.

Kebakaran bermula di tingkat atas bangunan berkenaan dan asap kebakaran boleh dilihat dalam jarak beberapa kilometer.

“Bangunan dekat KL Sentral terbakar menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di semua arah. Kebakaran tidak dapat dikawal kerana terlalu tinggi. Lebih baik duduk di rumah,” tweet Aimi Abdullah Aimi Abdullah @dorkscotch

“Jalan masuk ke KL Sentral ditutup kerana sebuah tapak pembinaan terbakar,” tweet Jonathan Mah @jonmah.

“Saya boleh nampak sebuah bangunan terbakar di KL Sentral dari rumah saya,” kata satu lagi tweet daripada @angelinebabyy.

“Mengambil teman lelaki untuk ke KL Sentral, kami terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah bangunan berdekatan KL Sentral,” kata @ATM2U.

“348 Sentral, bangunan dalam pembinaan di sebelah KL Sentral terbakar. Jalan Brickfield ditutup,” kata tweet KL Traffic Update @kltrafficupdate.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran bermula di tingkat 29 bangunan berkenaan.

“Sepuluh kereta bomba dan 72 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 3.55 pagi,” katanya.

Sehingga pukul 7.30 pagi tadi, anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran.

malysian insider/-

Tiada ulasan: