18 Januari 2012

Dr Ahmad Yunus Ganti Dr. Hasan Ali

Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.


24 Safar 1433H. [MOD] -SHAH ALAM: Teka-teki mengenai siapa pengganti Dr Hasan Mohamed Aliterjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, DrAhmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MKNS) disempurnakan dihadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di IstanaBukit Kayangan kira-kira pukul 10.15 pagi di sini, Rabu.

Sebelum ini Dr Ahmad Yunus merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan iaitu portfolio yang dipegang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Ahmad Yunus yang juga Yang Dipertua PAS Sijangkang berkelulusan Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Malaya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dr ganti dr..terbaekkkk..hidup pas, hidup PR