21 Jun 2012

41 orang dijangkiti H1N1 di Thailand

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

BANGKOK - Kementerian Kesihatan Awam daerah Khorat mengesahkan 41 orang dimasukkan ke Hospital Nakhon Ratchasima akibat jangkitan wabak Influenza A (H1N1), semalam.

Pengarah kesihatan Kamron Chaisiri berkata, kesemua pesakit dikuarantin dua minggu bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

"Seramai enam wanita dan 35 lelaki termasuk enam kakitangan hospital dijangkiti virus itu," katanya.

Menurutnya, hospital berkenaan terpaksa mengambil langkah dengan tidak menerima pesakit yang membawa simptom H1N1, namun masih memberikan perkhidmatan kepada pesakit luar seperti biasa.

Beliau berkata, jangkitan H1N1 dikesan di daerah itu sejak awal bulan ini.

Sinar Harian

Tiada ulasan: