21 Jun 2012

China, Rusia tidak setuju penyingkiran Assad

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

DAMSYIK - China dan Rusia dilaporkan masih enggan bersetuju terhadap rancangan menyingkirkan Presiden Syria, Bashar al-Assad daripada terus berkuasa tetapi mengakui ribuan nyawa melayang akibat perang saudara di situ.

Usaha peringkat antarabangsa untuk menghentikan keganasan di Syria, masih buntu berikutan China dan Rusia membatalkan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang sebelum ini pernah menyekat kuasa
Assad.

Jelas dua negara itu, penyelesaian harus dilakukan menerusi satu dialog politik yang sebelum ini ditentang pimpinan pembangkang.

Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, Presiden Rusia, Vladimir Putin dilihat menyokong Assad sewaktu mengadakan perbincangan bersama pemimpin dunia lain pada sidang kemuncak Kumpulan 20 di Los Cabos, Mexico, tetapi segera menukar pandangannya apabila disoal media selepas sidang tamat.

"Kami percaya bahawa tiada siapa pun berhak membuat penentuan terhadap negara lain sama ada mereka patut melepaskan kuasa atau disingkirkan daripada berkuasa," katanya yang selama ini menjadi penyokong setia Assad dengan membekalkan senjata api bagi meneruskan serangan terhadap militan serta penunjuk perasaan di Syria.

Setakat ini, PBB menganggarkan lebih daripada 10,000 orang telah dibunuh dalam tempoh 15 bulan keganasan dan pergolakan yang dicetuskan kerajaan Assad.

Sinar Harian

Tiada ulasan: