21 Jun 2012

England teruskan kemaraan

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

PASUKAN popular, England menepati ramalan pemerhati bola sepak apabila mengesahkan slot ke fasa lapan terakhir hasil kemenangan berharga ke atas Ukraine di Donestk, awal pagi semalam.

Malah, pengurusnya, Roy Hodgson mengakui terkejut dengan persembahan pemain diketuai Steven Gerrard selepas mencatat keputusan di luar jangkaan dalam Kumpulan D.

“Layak ke suku akhir memang tidak terduga. Kami mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri dalam saingan kumpulan yang sukar,” katanya.

Pada masa sama, Hodgson memuji penjaring tunggal, Wayne Rooney yang menunjukkan belangnya biarpun membuat penampilan pertama kali dalam kejohanan kali ini selepas tamat penggantungan dua perlawanan awal.

Kini, skuad Itali menjadi halangan seterusnya bagi melunaskan impian England mara ke peringkat separuh akhir.

Bagi rekod, negara yang miliki sistem liga terbaik dunia itu tidak pernah menjuarai sebarang kejuaraan Eropah sejak ia diperkenalkan pada 1960.

Sinar Harian

Tiada ulasan: