21 Jun 2012

Pemain bola sepak Palestin tamat mogok lapar

1 Syaaban 1433H. [MOD] -

TEL AVIV - Pemain bola sepak kebangsaan Palestin yang meringkuk di dalam penjara Israel hampir tiga tahun akhirnya menamatkan mogok lapar, selepas rejim Zionis bersetuju untuk membebaskannya pada 10 Julai depan.

Mahmoud Sarsak, 25, nekad mogok lapar sejak lebih tiga bulan lalu sebagai protes terhadap tahanan pentadbiran yang dikenakan terhadapnya.

Dia ditahan pada Julai 2009 semasa merentasi sempadan untuk satu perlawanan bola sepak dan dituduh oleh rejim Zionis sebagai ahli kumpulan Jihad Islam.

Berikutan keadaannya yang semakin membimbangkan, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Seep Blatter terpaksa campur tangan dan menggesa pihak berkuasa membebaskan Mahmoud.

Bekas pemain kelab Manchester United, Eric Cantona dan pembikin filem Britain, Ken Loach turut menandatangani petisyen menuntut pembebasan Mahmoud.

Sinar Harian

Tiada ulasan: