18 Disember 2021

Aminah ingin luaskan perniagaan ikan masin

 

AMINAH Jusoh menghasilkan pelbagai jenis ikan masin.

Semangat tinggi untuk mencuba perniagaan ikan masin membuatkan Aminah Jusih, 65, tidak pernah berputus asa untuk melebarkan perniagaan dikendalikan sejak 15 tahun lalu.

Akui Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berasal dari Kelantan ini, sebagai pengedar, ikan kering yang terjual setiap hari bahkan boleh mencecah sehingga 50 kilogram (kg) sehari.

“Mak Do Ikan Kering bermula secara kecil-kecilan dengan menjual hasil ikan masin di sekitar kawasan kampung dan mula menghantar ke pasar apabila mendapat sambutan.

“Saya mendapatkan ikan dari peraih dan juga persatuan ikan tempatan serta memproses pelbagai jenis ikan masin di halaman kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, terdapat beberapa jenis ikan masin yang mendapat sambutan memberangsangkan antara kurau, talang, gelama, tenggiri dan banyak lagi.

“Bagi jualan borong, ikan masin akan diedarkan dalam beg seberat 10kg dengan harga anggaran antara RM140 hingga RM250 bergantung kepada jenis ikan.

“Untuk tempahan, boleh kunjungi Facebbok Siti Fatimah dan hubungi talian 017-9532441,” katanya.

—————————————————————

SITI Nooralia Nordin sedang menyiapkan tempahan pelanggan.

Siti Noralia sambung legasi ibu

Pengalaman membesar dalam keluarga yang berlatar belakangkan dunia jahitan mendorong Siti Noralia Nordin, 27, menyambung legasi ibunya dengan menawarkan perkhidmatan jahitan di Kulim, Kedah.

Menerusi perniagaan Alianoortailor, Noralia menterjemahkan minatnya terhadap bidang jahitan agak sebati dalam dirinya yang sejak kecil telah melihat ibunya menyiapkan tempahan pelanggan dan kini mempunyai bengkel jahitan pukal.

“Saya mula menjalankan perniagaan sendiri selepas tamat tingkatan lima namun terpaksa berhenti seketika untuk memasuki universiti.

“Perniagaan ini bagaimanapun dikendalikan secara serius setahun lalu dan saya menjadi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mendapatkan modal untuk membeli mesin jahit sendiri dan kain.

“Alianoortailor menawarkan perkhidmatan jahitan baju kurung, baju pengantin, pelitup muka fabrik dan pelbagai kraftangan,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Katanya, dalam tempoh seminggu, sebanyak lima tempahan baju kurung dapat disiapkan dan dia hanya memerlukan sehari untuk koleksi baju pengantin yang ringkas.

“Baju pengantin dengan rekaan yang rumit memerlukan masa lebih lama. Dianggarkan siap dalam tempoh seminggu dan harga bagi tempahan bermula RM150 hingga RM800,” katanya.

Bagi anda yang berminat untuk tempahan, hubungi 011-28011497 atau kunjungi Facebook Siti Nooralia dan Instagram alianoortailorby.leeya.

————————————————————————-

SAKINAH Hussin menjadikan minat dalam bidang katering sebagai perniagaan.

Minat dunia masakan, Sakinah buka katering

Minat terhadap dunia masakan sejak usia muda membuatkan Sakinah Hussin, 52, membuka perniagaan katering Faizah Enterprise.

Sakinah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, biarpun perniagaan katering diusahakan itu mengalami kemerosotan sejak pelaksanaan kawalan pergerakan (PKP), ia tidak mematahkan semangatnya.

“Sejak usia muda saya sudah didedahkan dengan tugasan memasak bagi keluarga dan tetamu yang datang ke rumah kerana ayah saya gemar menerima tetamu.

“Selain masakan panas dan kuih-muih, antara menu yang mendapat sambutan tinggi adalah resepi Nasi Ayam Singapura yang disediakan oleh saya sendiri,” katanya ketika dihubungi, baru-baru in.

Kata Sakinah, selain katering, dia juga mengusahakan kafe milik keluarga suaminya, Abdul Hamid Mohd. Hussin, 54, Aliff Cafe terletak di Jalan Hutton Lane, George Town, Pulau Pinang yang sudah berusia lebih 40 tahun.

“Bagi mempelbagai perniagaan, saya turut mengusahakan 10 rumah inap di sekitar George Town menerusi Yusuff Enterprise.

“Bagi mereka yang ingin membuat tempatan dan untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 016-9299571,” katanya.

————————————————————-

HALIJAH Ali menunjukkan keropok lekor yang diusahakan menerusi jenama Azam Keropok Lekor, Kelantan.

Hasil lebih 15,000 batang keropok lekor sehari

Menghasilkan lebih 15,000 batang keropok lekor setiap hari, Azam Keropok Lekor membuktikan bahawa hidangan itu memiliki keunikan.

Pengusaha Azam Keropok Lekor, Halijah Ali, 57, berkata, keunikan keropok lekor diketengahkan terletak pada rasanya yang diproses menggunakan lebih 2,000 ikan segar setiap hari.

“Perniagaan yang dimulakan pada 21 tahun lalu ini mempunyai tempat tersendiri di hati pelanggan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat setempat bahkan dari seluruh negara.

“Keropok lekor yang diproses oleh kilang saya menggunakan pelbagai jenis ikan terutama isi ikan sardin yang membuatkan rasanya lebih menyerlah dan digemari pelanggan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Halijah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, dia agak beruntung kerana tidak perlu bersusah-payah membuat promosi kerana pelanggan datang sendiri ke kilang yang terletak di Tumpat, Kelantan.

“Melalui bantuan tenaga kerja keluarga, mampu menampung permintaan pelanggan selain bantuan mesin pengisar. Alhamdulillah, perniagaan in dapat terus bertahan sejak mula diperkenalkan.

“Untuk tempahan lanjut, boleh hubungi talian 017- 9361231 atau 019-9227886 dan kunjungi Facebook, Azam Keropok Lekor Sdn. Bhd.,” katanya. – UTUSAN

Tiada ulasan: