18 Disember 2021

PRN Sarawak: Calon Pas kalah di Beting Maro

 

Mohamad Arifiriazul

KUCHING- Calon tunggal Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Mohamad Arifiriazul Paijo sekali lagi gagal dalam cubaannya  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro apabila memperoleh sebanyak 2,058 undi.

Beliau tewas kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Razaili Gapor yang memperoleh sebanyak 3,769 undi.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abang Zulkifli Abang Engkeh mendapat 765 undi manakala calon Bebas, Safiudin Matsah pula memperoleh sebanyak 635 undi. -K! ONLINE

Tiada ulasan: