18 Disember 2021

Mangsa banjir di Kelantan meningkat

 Penduduk kampung Ubaidillah Rosli, 29, meninjau stesen siren amaran awal banjir selepas peningkatan air Sungai Nal ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai. - foto BERNAMA

Penduduk kampung Ubaidillah Rosli, 29, meninjau stesen siren amaran awal banjir selepas peningkatan air Sungai Nal ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai. - foto BERNAMA

Gambar Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan mencatatkan peningkatan kepada 786 orang sehingga jam 8 pagi ini berbanding 629 mangsa petang semalam.

Mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa daripada 167 keluarga iaitu 266 lelaki dewasa, 267 wanita dewasa, 108 kanak-kanak lelaki, 135 kanak-kanak perempuan, 29 warga emas dan enam orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, empat jalan yang ditutup masing-masing dua di Machang dan dua di Kuala Krai.

Antara jalan ditutup ialah Jalan Jirat dan Jalan masuk ke Kampung Baru Pahi di Kuala Krai serta Jalan Pangkal Meleret - Limau Hantu dan Jalan Machang - Pangkal Meleret - Wakaf Bata di Machang.

BHARIAN.

Tiada ulasan: