18 Disember 2021

Proses pengiraan undi bermula

 KUCHING 17 DISEMBER 2021.Petugas dari Kontraktor yang di lantik oleh SPR, Rizqiy Engineering, menampal pelekat Pusat Undi bagi saluran N6 Tupong, di Sekolah SK Matang Jaya, sudah di sanitasi.STR/NADIM BOKHARI

KUCHING 17 DISEMBER 2021.Petugas dari Kontraktor yang di lantik oleh SPR, Rizqiy Engineering, menampal pelekat Pusat Undi bagi saluran N6 Tupong, di Sekolah SK Matang Jaya, sudah di sanitasi.STR/NADIM BOKHARI

KUCHING: Proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini, tamat secara rasmi selepas semua 1,866 pusat mengundi di seluruh negeri ditutup pada jam 5 petang tadi.

Pengundian berlangsung sejak jam 7.30 pagi tadi bagi membolehkan 1,213,769 daripada 1,252,014 pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab mengundi wakil rakyat di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sejurus pusat pengundian ditutup, semua kertas undi akan dikira terlebih dahulu sebelum peti undi daripada 3,555 saluran dibawa ke 82 pusat penjumlahan undi di seluruh negeri.

Keputusan rasmi PRN Sarawak dijangka diumumkan malam ini oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

Pada Rabu lalu, seramai 18,141 daripada 23,043 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

bharian.

Tiada ulasan: