18 Disember 2021

Lebih 39 peratus sudah mengundi

 Pengundian berjalan lancar di SJK (C) Chuang Hua No.4, Kuching, hari ini. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

Pengundian berjalan lancar di SJK (C) Chuang Hua No.4, Kuching, hari ini. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUCHING: Kira-kira 39 peratus daripada 1,213,769 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 12 tengah hari tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada PRN Sarawak kali ini, seramai 1,252,014 pengundi berdaftar, layak mengundi dan daripada jumlah itu, seramai 20,360 orang ialah pengundi awal dan 17,885 orang sudah mengundi secara pos.

Pusat pengundian dibuka bermula jam 7.30 pagi dan akan ditutup pada jam 5 petang.

BHARIAN.


Ejen parti menunggu di luar perkarangan pusat mengundi di SJK (C) Chuang Hua No.4, Kuching. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD
Ejen parti menunggu di luar perkarangan pusat mengundi di SJK (C) Chuang Hua No.4, Kuching. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

Tiada ulasan: