18 Disember 2021

Sah! GPS menang dua pertiga DUN Sarawak

 

Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) mengibarkan bendera GPS ketika meraikan bersama pemimpin-pemimpin GPS selepas memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETALING JAYA : Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara rasminya berjaya mendapat dua pertiga apabila memperolehi 57 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Berdasarkan portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), GPS mendahului 57 daripada 82 kerusi DUN manakala DAP dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) masing-masing dua kerusi DUN.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, setakat jam 8.45 malam tadi, GPS berjaya memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Bagi pengisytiharan PRN Sarawak Ke-12 hari ini, proses pengundian berjalan dengan baik dan lancar.

“Bagi keseluruhan sehingga jam 8.45 malam, GPS memenangi 45 dari 82 kerusi dan dengan ini berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya ketika mengumumkan perkara itu. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: