18 Disember 2021

Ribuan terperangkap di Lebuhraya Persekutuan

 SUASANA di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan yang ditenggelami air sehingga tidak boleh dilalui oleh kenderaan susulan limpahan air dari Sungai Damansara. FOTO Bernama

SUASANA di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan yang ditenggelami air sehingga tidak boleh dilalui oleh kenderaan susulan limpahan air dari Sungai Damansara. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Ribuan pengguna lebuh raya dari kedua-dua arah ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur terperangkap selepas Kilometer (KM) 14.3 hingga KM 15.4 Lebuhraya Persekutuan berhampiran Stesen Komuter Batu 3, dekat sini, dinaiki air, hari ini.

Malah, stesen komuter itu juga tidak dapat beroperasi kerana landasan ditenggelami air.

Turut terkandas ialah pengguna lebuh raya selepas KM8.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang daripada kedua-dua arah ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur juga banjir.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, jam 2 petang tadi PLUS sudah menutup Plaza Tol Shah Alam dan di persimpangannya kerana banjir kilat.

"Laluan keluar sudah diaktifkan di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk lalu-lintas arah selatan dan utara.

"Laluan masuk di Bukit Raja dan laluan Setia Alam ke Shah Alam juga ditutup.

"Pelanggan lebuh raya yang terputus antara Setia Alam ke Shah Alam dan Subang menghala Shah Alam/Elite dikehendaki membuat pusingan U kecemasan melalui akses sementara yang disediakan oleh PLUS," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak PLUS amat menyesali dengan kesulitan yang timbul akibat banjir yang berlaku berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu 24 jam terakhir.

Katanya, kakitangan PLUS sedang bekerja keras untuk menguruskan keadaan dan sedang membantu penyuraian aliran trafik.

"Plaza tol yang ditutup akan dibuka semula selepas kami mengesahkannya selamat untuk berbuat demikian.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa di lapangan," katanya.

PLUS sudah pun memaklumkan kepada semua pelanggan lebuh raya melalui Sistem Pemesejan Berubah (VMS) tentang penutupan dan akan mengeluarkan maklumat lanjut sebaik sahaja ia tersedia.

Kemas kini maklumat juga akan disiarkan di laman web PLUS, www.plus.com.my dan platform media sosial termasuk Facebook dan Twitter PLUS Malaysia.

HMETRO.

Tiada ulasan: