KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda beberapa lokasi di seluruh negara hari ini disusuli penyebaran rangkaian video, antaranya memaparkan kemunculan 'tetamu tidak diundang' di kawasan kediaman yang terjejas akibat bencana berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar video yang ditularkan melalui pelbagai platform media sosial berkenaan dirakam.
Antara yang dirakamkan oleh kehadiran seekor buaya yang didakwa di atas jambatan Sungai Linggi di Port Dickson, Negeri Sembilan, selepas hidupan liar itu dipercayai keluar dari sungai berkenaan disebabkan arus deras.
Dalam dua klip video yang tular, buaya itu dirakam menuju ke sebuah kereta semasa berada di atas jambatan berkenaan sambil seorang lelaki yang dipercayai merakam aksi itu, menjerit memberitahu buaya naik ke atas jambatan, manakala satu lagi rakaman menunjukkan haiwan itu beredar dari jambatan sama.
Ada juga rakaman seekor ular sawa sepanjang lebih tiga meter dirakam cuba memasuki sebuah rumah yang dinaiki air, selain video seekor ular tedung di dalam rumah dan cuba dipukul oleh seorang lelaki.
Video lain memaparkan seekor biawak berenang di ruang tamu sebuah rumah, kemunculan dua ikan koi di hadapan sebuah rumah teres, seekor kura-kura berada di ruang dapur dan sekumpulan ikan keli berenang di ruang tamu rumah yang dinaiki air.
BHARIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan