18 Disember 2021

Omicron: Pasukan petugas perubatan dikerah kembali ke ‘medan perang’

 

BERIKUT adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Dis hingga pukul 11:59 malam 17 Dis 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.7 juta kes. Di peringkat global, lebih 273 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.3 juta. Lebih 245 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR: Kes varian Omicron dalam negara dijangka meningkat selepas dua kes dilaporkan sebelum ini, memandangkan terdapat 18 lagi kes menunggu pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS).

Negara jiran Singapura setakat Khamis 16 Disember mengesahkan 24 kes Omicron. Dua kes import pertama Omicron dikesan di Republik itu pada 7 Dis 2021.

“Siap siaga semua, sudah ada dalam negara ….hanya menunggu masa, ” Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu sidang akhbar semalam ketika mengumumkan kes kedua Omicron di Malaysia.

Beliau juga memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengarahkan semua petugas Barisan Hadapan Perubatan kembali ke “Medan Perang”.

Kes kedua varian Omicron ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara Malaysia, berusia lapan (8) tahun yang kembali ke negara ini bersama ibu dan adik perempuannya dari Lagos (Nigeria) pada 5 Disember lepas.

Kes pertama varian Omicron di negara ini melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun (bukan warganegara) sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak yang sudah lengkap mengambil vaksin dan melakukan perjalanan pulang ke ke Afrika Selatan.

Varian Omicron yang mula dikesan di wilayah Gauteng, Afrika Selatan, diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 November 2021 dan setakat ini sudah menular di 77 buah negara termasuk di benua Afrika, Eropah dan Asia.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dilaporkan berkata, varian Omicron itu “berkemungkinan” telah menular di kebanyakan negara, tanpa dikesan, “pada kadar yang pantas berbanding varian lain sebelum ini.”

Kajian seorang saintis Jepun menunjukkan, varian Omicron mempunyai daya tular 4.2 kali ganda, pada peringkat awal, berbanding varian Delta.

China dan Indonesia antara negara terkini melaporkan kes varian Omicron. United Kingdom (UK) pada Selasa (14 Dis 2021) melaporkan kematian pertama akibat varian koronavirus Omicron, sejak kes pertama dikesan di negara berkenaan pada 27 Nov 2021. Semalam sahaja, UK mencatat sebanyak 88,376 kes baharu COVID-19, menjadikan kes kumulatif sebanyak 11,097,851 kes.

Sementara itu, Malaysia hari ini merekod kes harian baharu COVID-19 sebanyak 4,362 kes, menjadikan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 2,711,764 kes.

Kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan setakat pukul 11:59 malam 17 Dis 2021, sebanyak 55,475 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (11 Dis hingga 17 Dis 2021), Malaysia mencatat kes harian baharu terendah pada 12 Disember iaitu 3,490 kes. Kali terakhir negara mencatat kes sekitar 3,000 kes adalah pada 16 Mei 2021 iaitu 3,780 kes.

Data kes harian baharu untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini, seperti berikut:-

11 Dis (4,626 kes), 12 Dis (3,490 kes), 13 Dis (3,504 kes), 14 Dis (4,097 kes), 15 Dis (3,900 kes), 16 Dis (4,262 kes) dan 17 Dis (4,362 kes).

Dengan kes kumulatif 2,711,764 kes, Malaysia kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (2,837,464 kes) dan Netherlands (2,936,761 kes).

Daripada 4,362 kes baharu yang diumumkan hari ini (17 Dis), Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 89 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 4,273 kes (98.0 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5.  Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 5,098 kes pesakit COVID-19 diumumkan sembuh hari ini, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,625,245 kes (96.8 peratus).

Sementara itu, sebanyak 315 kes yang disahkan COVID-19, memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 143 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Berdasarkan data terkini COVIDNOW, setakat pukul 11:59 malam, 17 Dis 2021, sebanyak 18 lagi kes kematian dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 31,044 kes.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt  sepanjang tempoh Rangkuman ini masih bawah 1.00, seperti berikut:-

11 Dis (0.97), 12 Dis (0.95), 13 Dis (0.94), 14 Dis (0.93), 15 Dis (0.92) dan 16 Dis (0.90).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 16 Disember ialah Negeri Sembilan (1.02), Pahang (1.00) dan Pulau Pinang (1.00).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perkembangan lain dalam negara

Dr Noor Hisham pada Sabtu 11 Disember lepas dalam laporan mengenai Situasi dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 di Malaysia, berkata sebanyak 298 kes baharu varian dilaporkan daripada 19 November 2021 sehingga 8 Disember 2021.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,990 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,970 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Sementara itu, perincian kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 55,475 kes, mengikut data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm, 17 Dis 2021, seperti berikut:-

Kuarantin di rumah – 46,457 kes (83.7 peratus);

Rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) – 4,566 kes (8.2 peratus);

Rawatan di hospital – 4,052 kes (7.3 peratus);

Rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa Alat Bantuan Pernafasan (ABP) – 202 kes (0.4 peratus);

Rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan perlu Alat Bantuan Pernafasan (ABP) – 198 kes (0.4 peratus).

Perincian COVIDNOW KKM untuk 4,362 kes harian baharu setakat pukul 11:59mlm 17 Dis 2021, mengikut negeri adalah seperti berikut:-

(+kes import)

Kes harian baharu empat angka – Selangor 1,430 (+11)

K​​​​es harian baharu tiga angka – Johor 399, Kedah 240, Kelantan 395, Melaka 151 (+1), Negeri Sembilan 184 (+1), Pahang 322 (+1), Perak 180, Pulau Pinang 269 (+3), Sabah 166, Terengganu 228 dan WP Kuala Lumpur 287 (+11).

Kes harian baharu dua angka – WP Putrajaya 28, Sarawak 24, Perlis 21 dan WP Labuan 10.

Setakat 17 Dis 2021, jumlah kluster aktif di Malaysia kini sebanyak 257 kluster. Untuk rekod, sebanyak 6,074 kluster dikesan di negara ini dan sebanyak 5,817 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (11 Dis -17 Dis 2021), berdasarkan data KKM, jumlah kluster baharu yang dilaporkan sebanyak 45 kluster. Kluster terbanyak adalah kluster tempat kerja, sebanyak 24 kluster (53.3 peratus) dan kluster komuniti, lapan kluster (17.8 peratus).

Senario wabak COVID-19 di Malaysia (11 Dis – 17 Dis 2021)

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

11 Dis (60,778 kes), 12 Dis (58,852 kes), 13 Dis (57,926 kes), 14 Dis (57,674 kes), 15 Dis (56,989 kes), 16 Dis (56,229 kes) dan 17 Dis (55,475 kes).

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada 11 Dis 2021;

95 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,531 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,490 kes harian yang dilaporkan pada 12 Dis 2021;

69 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,421 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,504 kes harian yang dilaporkan pada 13 Dis 2021;

76 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,428 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,097 kes harian yang dilaporkan pada 14 Dis 2021;

86 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,011 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,900 kes harian yang dilaporkan pada 15 Dis 2021;

86 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

3,814 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,262 kes harian yang dilaporkan pada 16 Dis 2021;

78 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

4,184 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,362 kes harian yang dilaporkan pada 17 Dis 2021;

89 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

4,273 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

11 Dis (4,690 kes), 12 Dis (5,399 kes), 13 Dis (4,401 kes), 14 Dis (4,301 kes), 15 Dis (4,552 kes), 16 Dis (4,985 kes) dan 17 Dis (5,098 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 17 Dis 2021 sebanyak 2,625,245 kes (96.8 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

11 Dis — Kes baharu : 4,626 kes (2,688,149 kes kumulatif); Kes import : 20 kes (15 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,606 kes [4,440 warganegara (96.4%); 166 bukan warganegara (3.6%)];

12 Dis — Kes baharu : 3,490 kes (2,691,639 kes kumulatif); Kes import : 14 kes (11 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 3,476 kes [3,322 warganegara (95.6%); 154 bukan warganegara (4.4%)];

13 Dis — Kes baharu : 3,504 kes (2,695,143 kes kumulatif); Kes import : 24 kes (15 warganegara; 9 bukan warganegara); Kes tempatan : 3,480 kes [3,364 warganegara (96.7%); 116 bukan warganegara (3.3%)];

14 Dis — Kes baharu : 4,097 kes (2,699,240 kes kumulatif); Kes import : 18 kes (15 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,079 kes [3,821 warganegara (93.7%); 258 bukan warganegara (6.3%)];

15 Dis — Kes baharu : 3,900 kes (2,703,140 kes kumulatif); Kes import : 19 kes (16 warganegara; 3 bukan warganegara);Kes tempatan : 3,881 kes [3,692 warganegara (95.1%); 189 bukan warganegara (4.9%)];

16 Dis — Kes baharu : 4,262 kes (2,707,402 kes kumulatif); Kes import : 36 kes (29 warganegara; 7 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,226 kes [4,041 warganegara (95.6%); 185 bukan warganegara (4.4%)].

17 Dis – Kes baharu : 4,362 kes (2,711,764 kes kumulatif); Kes import : 28 kes (13 warganegara; 15 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,334 kes [4,099 warganegara (94.6%); 235 bukan warganegara (5.4%)].

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

11 Dis – 31 kes (BID 7), 12 Dis -17 kes (BID 3), 13 Dis – 29 kes (BID 8), 14 Dis – 48 kes (BID 12), 15 Dis – 33 kes (BID 4), 16 Dis – 37 kes (BID 4) dan 17 Dis – 18 kes (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 17 Dis 2021 sebanyak 31,044 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

11 Dis – 6 kluster (kluster tempat kerja, 3, klister komuniti 1, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

12 Dis – 2 kluster (kluster komuniti 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

13 Dis – 6 kluster (kluster tempat kerja 1, kluster komuniti 1, kluster pendidikan 3 dan kluster       kumpulan berisiko tinggi 1);

14 Dis – 6 kluster (kluster tempat kerja 5 dan kluster pendidikan 1);

15 Dis – 7 kluster (kluster tempat kerja 6 dan kluster komuniti 1);

16 Dis – 6 kluster (kluster tempat kerja 3, kluster komuniti 2 dan kluster import 1).

17 Dis – 12 kluster (kluster tempat kerja 6, kluster komuniti 2, kluster pendidikan 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2).

Statistik global COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 273,406,756 kes (Rangkuman Minggu lalu 268,999,083 kes dengan 5,356,435 kematian (Minggu lalu 5,307,147 kematian), Kes pesakit sembuh 245,599,731 kes (Minggu lalu 242,045,221 kes).

 Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Jerman, Iran dan Sepanyol.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 51,435,652 kes (824,520 kematian);

India 34,726,049 kes (476,869 kematian);

Brazil 22,204,941 kes (617,521 kematian);

United Kingdom 11,097,851 kes (146,937 kematian);

Rusia 10,159,389 kes (295,104 kematian);

Turki 9,118,424 kes (79,863 kematian);

Perancis 8,460,712 kes (121,171 kematian);

Jerman 6,709,218 kes (108,154 kematian)

Iran 6,165,454 kes (130,946 kematian);

Sepanyol  5,422,168 kes (88,667 kematian);

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 masih kekal di tangga 113 dengan 100,076 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Kampuchea turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19..

Indonesia di tangga 14 – 4,260,148 kes (143,986 kematian);

Filipina di tangga 20 – 2,837,464 kes (50,570 kematian);

Thailand di tangga 24 – 2,185,497 kes (21,325 kematian);

Vietnam di tangga 32 – 1,508,473 (29,103 kematian);

Myanmar di tangga 65 – 527,714 kes (19,201 kematian);

Singapura di tangga 86 – 274,972 kes (808 kematian);

Kampuchea di tangga 110 – 120,405 (3,001 kematian);

Laos di tangga 115 – 94,554 kes (262 kematian);

Brunei di tangga 167 – 15,385 (98 kematian).

Ruangan sisi

Latar belakang COVID-19

– Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

– Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

– Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

– WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

– Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

– Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

– WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

– Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

– Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression. 

– Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

– Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

– Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

– Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

– Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

– WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan. – BERNAMA

Tiada ulasan: