18 Disember 2021

Individu tertua di China meninggal dunia

 ALIMIHAN Seyiti. FOTO Agensi

ALIMIHAN Seyiti. FOTO Agensi

Beijing: Individu tertua China, Alimihan Seyiti, meninggal dunia pada usianya 135 tahun.

Agensi Xinhua melaporkan, Alimihan yang dilahirkan 25 Jun 1886 meninggal dunia pada Khamis lalu di wilayah Uighur, Xinjiang.

Jabatan penerangan berkata, dia berasal dari bandar Komuxerik, Shule, Kashgar.

Pada 2013, warga emas wanita itu menduduki senarai teratas individu tertua hidup di China.

Dia menjalani rutin harian yang sangat sederhana dan teratur sehingga akhir hayatnya.

Wanita itu sentiasa makan tepat pada waktunya dan suka berjemur di bawah sinaran matahari di depan rumahnya.

Kadangkala, dia membantu mengasuh cicitnya.

Komuxerik lebih dikenali sebagai bandar tertua kerana dihuni ramai warga emas berusia lebih 90 tahun.

Kemajuan perkhidmatan kesihatan sebahagian daripada faktor yang menyumbang kepada jangka hayat mereka yang panjang.

Kerajaan tempatan menyediakan khidmat doktor kontrak yang melakukan pemeriksaan fizikal tahunan percuma serta bantuan subsidi bulanan untuk individu berusia 60 tahun ke atas.

BERNAMA.

Tiada ulasan: