18 Disember 2021

GPS bentuk kerajaan negeri

Mengikut keputusan tidak rasmi setakat 7.45 malam ini, GPS berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas menang 42 daripada 82 kerusi pada PRN-12. - NSTP/Aizuddin Saad
Mengikut keputusan tidak rasmi setakat 7.45 malam ini, GPS berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas menang 42 daripada 82 kerusi pada PRN-12. - NSTP/Aizuddin Saad
KOTA SENTOSA (N12)
GABUNGAN PARTI SARAWAKYAP YAU SIN
5806
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIKMICHAEL KONG FENG NIAN
4123
PARTI SARAWAK BERSATULAU PANG HENG
2328
DUDONG (N52)
GABUNGAN PARTI SARAWAKDATO SRI TIONG KING SING
9390
PARTI SARAWAK BERSATUWONG HIE PING
3584
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIKPAUL LING FONG
2724
SAMARIANG (N07)
GABUNGAN PARTI SARAWAKSHARIFAH HASIDAH BT SAYEED AMAN GHAZALI
11354
PARTI AMANAH NEGARAABANG HALIL
1071
PARTI SEDAR RAKYAT SARAWAKOTHMAN BIN ABDILLAH
535

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas menang 42 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12).

Mengikut keputusan tidak rasmi setakat 7.45 malam ini, GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, menang di 42 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, berbanding pembangkang yang hanya menang satu kerusi.

Abang Johari yang pertama kali bertanding di kerusi DUN Gedong selepas berpindah dari DUN Satok yang disandangnya sejak sembilan penggal lalu, menang dengan 4,310 undi.

Beliau menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, yang memperoleh 703 undi, calon Parti Amanah Negara, Cikgu Kamal (94 undi) dan calon Parti Bumi Kenyalang, Tomson Ango (157 undi).

Selain itu, GPS turut disahkan menang, antaranya di kerusi Sebuyau, Belaga, Beting Maro, Pelagus, Balai Ringin, Baleh, Balingian, Muara Tuang, Bukit Assek, Stakan, Tanjong Datu, Pantai Damai, Demak Laut dan Bukit Sari.

Calon pembangkang dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian disahkan menang di DUN Ba'kelalan.

Tiada ulasan: