PARIS: Sebuah telefon bimbit yang mengandungi teks mesej sistem pesanan ringkas (SMS) pertama di dunia dijangka dibida lebih 150,000 pound (RM953,930).
Pada 3 Disember 1992, seorang pengatur cara Britain berusia 22 tahun, Neil Papworth menghantar SMS dari komputer kepada rakannya, Richard Jarvis.
Papworth bekerja sebagai jurutera perisian untuk mencipta SMS bagi Vodafone dan menaip Merry Christmas di komputernya di Newburry, Berkshire.
Pengarah syarikat itu, Jarvis kemudian berjaya menerima mesej tersebut di telefon bimbitnya, Orbitel 901.
“Pada 1992, saya tidak tahu betapa popularnya mesej teks yang boleh menghasilkan emoji serta aplikasi pesanan yang digunakan jutaan orang.
“Saya beritahu anak-anak teks pertama yang pernah dihantar mengenai Hari Krismas yang merupakan detik penting dalam sejarah telefon mudah alih,” kata Papworth.
Kini, selepas hampir tiga dekad berlalu, teks SMS itu akan menjadi koleksi barangan bersejarah oleh pembeli kaya dan celik teknologi dalam acara lelongan yang akan diadakan 21 Disember depan di rumah lelongan Aguttes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan